mari kita sama2 amalkan kelebihan lafaz yang mulia ini dalam kehidupan seharian...
0rg yg berfikiran BESAR,akn berckp ttg ILMU,0rg yg berfikiran SEDERHANA,akn berckp ttg PERISTIWA,0rg yg berfikiran RENDAh,akn bercakap ttg 0RG LAIN,0rg yg berfikiran CETEK,akn bercakap ttg DIRI SENDIRI..
Ahad, 25 November 2012
Kelebihan membaca Bismillahir rahmaanir rahim
Assalamualaikum...
mari kita sama2 amalkan kelebihan lafaz yang mulia ini dalam kehidupan seharian...
mari kita sama2 amalkan kelebihan lafaz yang mulia ini dalam kehidupan seharian...
Sabtu, 17 November 2012
Kelebihan Solat Subuh
Alhamdulillah syukur ke Hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk mencoretkan sedikit kelebihan solat subuh ini...
Sebelum melaksanakan solat subuh, marilah kita laksanakan terlebih dahulu solat sunut subuh...ini kerana ada riwayat mengatakan bahawa Rasulullah SAW sangat menjaga solat sunat subuh ini walaupun terlewat untuk mengerjakan solat subuh. Solat sunat subuh juga merupakan antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah.
Suatu ketika, Rasullullah SAW terlewat datang ke masjid untuk solat subuh. Baginda sampai di masjid dan terus sahaja mengimani solat. Selepas solat, Rasullullah SAW memberitahu sebab kelewatannya, kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Kemudian baginda menunaikan dua rakaat sebelum Subuh.
“bukahkah tuan sudah terlewat benar, wahai Rasullullah?” Bilal bertanya, seakan membawa maksud, sudah lambat pun ,masih menyempatkan diri untuk solat sunat dua rakaat?’
Jawab Rasullullah SAW, “Sekiranya aku terlambat lebih daripada itu, aku akan tetap solat dua rakaat dengan sempurna”
Baginda menggambarkan kelebihan solat dua rakaat qabliah(sebelum) subuh melalui sabdanya, ” Dua rakaat fajar lebih baik daripada dunia dan segala yang ada di dalamnya.”
Dalam riwayat lain: “Lebih aku sukai daripada dunia seisinya.”
(riwayat Muslim)
Doa selepas solat sunat subuh...
Allahumma rabba jibrail, wa mikail, wa rabba isrofil, a'uzubika minan naari wamin adzabil qabri...
maksudnya...
" Ya Allah! Tuhan Jibril, Mikail dan Tuhan Irafil, aku berlindung kepada-Mu daripada api neraka dan azab kubur".
usai solat sunat subuh, manakala sewaktu menunaikan solat subuh,eloklah diamalkan membaca surah al insyirah bagi rakaat pertama dan surah al fil untuk rakaat yg kedua...
---selamat beramal, semoga kita sama2 diberkati Allah--

Langgan:
Catatan (Atom)