Ahad, 25 November 2012

Kelebihan membaca Bismillahir rahmaanir rahim

Assalamualaikum...
 mari kita sama2 amalkan kelebihan lafaz yang mulia ini dalam kehidupan seharian...




Sabtu, 17 November 2012

Kelebihan Solat Subuh

Alhamdulillah syukur ke Hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk mencoretkan sedikit kelebihan solat subuh ini...

Sebelum melaksanakan solat subuh, marilah kita laksanakan terlebih dahulu solat sunut subuh...ini kerana ada riwayat mengatakan bahawa Rasulullah SAW sangat menjaga solat sunat subuh ini walaupun terlewat untuk mengerjakan solat subuh. Solat sunat subuh juga merupakan antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah.


Suatu ketika, Rasullullah SAW terlewat datang ke masjid untuk solat subuh. Baginda sampai di masjid dan terus sahaja mengimani solat. Selepas solat, Rasullullah SAW memberitahu sebab kelewatannya, kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Kemudian baginda menunaikan dua rakaat sebelum Subuh.
“bukahkah tuan sudah terlewat benar, wahai Rasullullah?” Bilal bertanya, seakan membawa maksud, sudah lambat pun ,masih menyempatkan diri untuk solat sunat dua rakaat?’
Jawab Rasullullah SAW, “Sekiranya aku terlambat lebih daripada itu, aku akan  tetap solat dua rakaat dengan sempurna”
Baginda menggambarkan kelebihan solat dua rakaat qabliah(sebelum) subuh melalui sabdanya, ” Dua rakaat fajar lebih baik daripada dunia dan segala yang ada di dalamnya.”
Dalam riwayat lain: “Lebih aku sukai daripada dunia seisinya.”
(riwayat Muslim)


Doa selepas solat sunat subuh...
Allahumma rabba jibrail, wa mikail, wa rabba isrofil, a'uzubika minan naari wamin adzabil qabri...
maksudnya...
" Ya Allah! Tuhan Jibril, Mikail dan Tuhan Irafil, aku berlindung kepada-Mu daripada api neraka dan azab kubur".

usai solat sunat subuh, manakala sewaktu menunaikan solat subuh,eloklah diamalkan membaca surah al insyirah bagi rakaat pertama dan surah al fil untuk rakaat yg kedua...
---selamat beramal, semoga kita sama2 diberkati Allah--

Rabu, 20 Jun 2012

Asas Matematik

Bahan ni saya buat ketika pas habis mengikuti kursus...huhuhu maklum la tgh smgt nk wat kn...kononnya nk hasilkan satu buku,tetiba smgt yg berkobar2 itu hilang di pertengahan jln n hanya ini saja yg dpt dihasilkan...namun walaupun hanya asas matematik, saya tetap ingin berkongsi bersama2 anda semua,smga kita sama2 dpt manfaatnya..

















Rabu, 16 Mei 2012

Ubat Hati


Mengambil kata2 drpd Prof. Dr.Muhaya,Untuk tenangkan hati --> ingat mati dan bertaubat. Insya-Allah segala peristiwa lama dan perkara menyakitkan hati akan hilang. Bila kita fokus pada cara mendapat husnul khatimah dan redha Allah perkara lama akan hilang. Salah satu sifat ego ialah cepat marah dan payah memaafkan kerana kita rasa diri kita besar dan kenapa orang harus buat sesuatu kepada kita. Cuba renung kesilapan kita pada orang dan perbaiki diri bukan ingat kesilapan orang pada kita. Kita hanya akan dapat apa kita telah buat. Jika orang sakitkan hati kita erti kita pernah sakitkan hati orang lain. Muhasabah diri selalu. Cuba audit apa emosi kita bila bangun tidur. Ia akan menentukan seluruh hari kita.

Ubat hati ada lima perkara ;
1. Baca AL-Quran dan maknanya
2. Dirikanlah solat malam
3. Berkawan dengan orang soleh
4.Perbanyakkan puasa
5.Zikir malam berpanjangan..

Marilah kita sama2 audit diri sebelum terlambat...Jadikan solat taubat sebagai amalan harian...

Isnin, 14 Mei 2012

Bahan Pentaksiran BM tahun 2

Assalam....
Mggu ni para guru akan sambut hari guru...Selamat Hari Guru kepada kawan2ku yang bergelar guru, tema sambutan hari guru tahun ini ialah -GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA....
namun dlm sibuk2 membuat persiapan utk menyambut hari guru,mgkin ada juga yg tercari2 bahan KSSR...bahan ni sy perolehi daripada cegu Zuharlily,terima kasih kepada beliau kerana sudi kongsikan bahan dan izinkan saya post di blog ini..Semoga kita semua akan mendapat manfaat..sila klik --->http://www.sendspace.com/file/woc8zd

Sabtu, 12 Mei 2012

Pentaksiran Matematik Tahun 2

Mggu peperiksaan hampir...tentu ada di antara kita yg tercari2 bahan  pentaksiran MT KSSR thn 2...
Di sini ada sy kongsikan sedikit bahan yg berkemungkinan dapat membantu cegu2 semua.
klik di sini....
http://www.sendspace.com/file/qgxcgf
http://www.sendspace.com/file/4ekhe4
sharing is caring-wswi-

Jumaat, 11 Mei 2012

Solat Dhuha


Solat Dhuha merupakan solat yang dilakukan pada masa matahari sedang naik. Solat Dhuha dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 rakaat,6 rakaat atau 8 rakaat. Tempoh melaksanakan Solat Dhuha ini adalah selepas 28 minit masuknya waktu syuruk dan sebelum menjelang waktu Zohor. Bacaan yang sesuai dibaca dalam solat Dhuha ialah Surah Asy-Syams pada rakaat pertama dan Surah Ads-Dhuha pada rakaat yang kedua. Mari kita sama-sama jadikan solat sunat Dhuha ini sebagai amalan harian...
SURAH ASY-SYAMS

SURAH ADS-DHUHA
DOA SOLAT DHUHA


Rabu, 9 Mei 2012

Lembaran Kerja Mt..

lembaran kerja yg simple dimple...
sekadar ingin berkongsi kepada mereka yg sudi..
klik di sini....
http://www.sendspace.com/file/vjse23
http://www.sendspace.com/file/ojifyi
sharing is caring-wswi-

Lembaran Kerja-Buku 3

kepada kawan2 yg dh download buku 1 dan 2,boleh la download yg ini pula...ni merupakan sambungan daripada buku 1 n 2..bila dh download kesemuanya...boleh la dijadikan sebagai satu buku yang lengkap bagi KVKV..

klik di sini utk mendownload...
http://www.sendspace.com/file/vtzedz
-sharing is caring-wswi-

Surah At-Taubah ayat 128-129


Setiap surah di dalam Al-Quran dimulai dengan Bismillah kecuali surah kesembilan,iaitu At-Taubah atau namanya lainnya Surah At-Taubah.Menurut fatwa yang dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, membaca Bismillah pada awal surah At-Taubah adalah haram dan pada pertengahan surah itu hukumnya makruh. Manakala membaca Bismillah pada pertengahan surah yang lain daripada Al-Bara'ah adalah sunat, sama ada di dalam sembahyang atau di luar sembahyang.-Majalah Iman,Bil 3.

Ayat At-Taubah yang sesuai untuk dijadikan amalan seharian...Ayat 128-129..



















Fadhilat Ayat 128-129 Surah At-Taubah

1. Ayat ini boleh memanjangkan usia dengan izin Allah jika dibaca secara berulang-ulang kali.

2. Jika dibaca tujuh kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat.

3. Jika dibaca pada pagi, ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. Insya-Allah.

4. Ayat ini juga boleh menambah keteguhan iman seseorang itu kepada Allah SWT.


Lembaran kerja-buku 2

Selamat pagi ....
Mulakan hari kita dengan Bismillah semoga setiap apa yang dilakukan akan mendapat keberkatan daripada Ilahi...oleh kerana ingin mendapat keberkatan,sy kongsikan bahan ini kepada anda semua utk kita sebarkan kepada anak murid...sesungguhnya walaupun kita menyampaikan ilmu dalam sebaris ayat kepada anak murid,ia amat bermakna kepada mereka...
klik  sini ---->http://www.sendspace.com/file/vuv5ju
-sharing is caring-wswi :-)