Mengambil kata2 drpd Prof. Dr.Muhaya,Untuk
tenangkan hati --> ingat mati dan bertaubat. Insya-Allah segala peristiwa lama dan
perkara menyakitkan hati akan hilang. Bila kita fokus pada cara mendapat husnul
khatimah dan redha Allah perkara lama akan hilang. Salah satu sifat ego ialah
cepat marah dan payah memaafkan kerana kita rasa diri kita besar dan kenapa
orang harus buat sesuatu kepada kita. Cuba renung kesilapan kita pada orang dan
perbaiki diri bukan ingat kesilapan orang pada kita. Kita hanya akan dapat apa
kita telah buat. Jika orang sakitkan hati kita erti kita pernah sakitkan hati
orang lain. Muhasabah diri selalu. Cuba audit apa emosi kita bila bangun tidur.
Ia akan menentukan seluruh hari kita.
Ubat hati ada lima perkara ;
1. Baca AL-Quran dan maknanya
2. Dirikanlah solat malam
3. Berkawan dengan orang soleh
4.Perbanyakkan puasa
5.Zikir malam berpanjangan..
Marilah kita sama2 audit diri sebelum terlambat...Jadikan solat taubat sebagai amalan harian...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan